بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 13 Januari 2011

Lagi Bayi Meninggal di Rumah Pengasuh


Kesiankan bila dengar cerita macam ni.. orang kata dah ajal. Tapi tak semudah tu nak lalui saat kehilangan seseorang yang kita sayang. Lagi-lagi bayi.. belum puas rasanya nak bermain dan melihat dia membesar. Apa pun mungkin tuhan lebih sayangkan dia. Semoga tiada unsur penganiyaan atau kecuaian dari penjaganya. Erm.. sebab tulah risau sangat rasanya nak tinggalkan Iman pada orang lain.

Keputusan Bedah Siasat Bayi Meninggal Ditangguhkan

KULIM: Polis menangguhkan keputusan bedah siasat mayat seorang bayi lelaki berusia empat bulan, yang meninggal dunia setelah dihantar pengasuhnya ke Hospital Kulim semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Mohd Salleh berkata penangguhan bedah siasat mayat Adruce Armand Dhani Amir Faris itu kerana Bahagian Siasatan Jenayah mahu mendapatkan beberapa maklumat penting dengan menghantar beberapa spesimen kepada Bahagian Jabatan Kimia dan Forensik.

"Seawal-awalnya dalam tempoh dua minggu lagi keputusan bedah siasat itu dapat dipastikan dan dalam tempoh berkenaan pihak kami mengklasifikasikan kematian bayi itu sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi di sini Rabu.

Dalam kejadian itu, bayi lelaki itu yang dikatakan mengalami kepayahan bernafas di rumah pengasuhnya telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kulim di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Bayi tersebut telah dihantar oleh ibunya ke sebuah rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya untuk dijaga seorang ibu tunggal berusia 54 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi semalam.

Sementara itu bapa bayi itu, Amir Faris Abdul Rahim yang dihubungi hari ini berkata jenazah anaknya itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kondok, Nilai, Negeri Sembilan kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Katanya dia dan isterinya Norjehan Saunjandi reda dengan ketentuan Allah. -BERNAMA

Lagi laporannya di Berita Harian..
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bayimatisesaknafasdirumahpengasuh/Article/index_html

2 ulasan:

  1. Sedihnya kan.. Arwah anak abg saya.. actuallu amir faris bin abdul rahman.. kalau arwah masih hidup umurnya dah sama dgn anak sulong sy..

    BalasPadam
  2. Sedihnya kan.. Arwah anak abg saya.. actuallu amir faris bin abdul rahman.. kalau arwah masih hidup umurnya dah sama dgn anak sulong sy..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...