بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 18 Januari 2011

Kerana Facebook


Dah setahun lebih guna facebook untuk berinteraksi dengan kawan-kawan lama dan keluarga. Sampai ayah iman membebel cakap asyik-asyik FB. Memangkan kalau dah terjebak payah nak jauhkan. Biasalah duduk rumah tak tau nak buat apa (eh! bukan ke banyak lagi yang boleh dilakukan.. ha2) Tapi betullah kata orang apa pun kemudahan tak boleh disalah guna. Kenalah ambil yang positif dan buang yang negatif. Kadang-kadang seronok baca komen-komen orang dalam FB ni dan ada juga yang tak seronok nak baca. Apa pun terpulanglah pada diri masing-masing jangan sampai membuka aib diri sudahlah...


ada yang positif dan ramai yang negatif. Tapi itu semua tidak benar menurut link di bawah ini:

dan juga respond pembaca dalam weeklyworldnews.com yang berbunyi:

‎"There’s a silly rumor exploding on the Internet this weekend, alleging that Facebook is shutting down on March 15 because CEO Mark Zuckerberg “wants his old life back,” and desires to “put an end to all the madness.”

[UPDATE] We have official confirmation from Facebook Director of Corporate Communications Larry Yu that the rumor is false. We asked him via e-mail if Facebook was shutting down on March 15, to which he responded, “The answer is no, so please help us put an end to this silliness.” He added, “We didn’t get the memo about shutting down and there’s lots to do, so we’ll just keep cranking away like always.”

Let’s think about this for a minute. Would Facebook decide to shut down the company just a few days after announcing a round of funding, consisting of $450 million from Goldman Sachs and $50 million from Russian investment firm Digital Sky Technologies, on a valuation of $50 billion?

The spurious report was started by a site to which we refuse to link, known for its reports of impending attacks of alien spaceships and false reports of a Michelle Obama pregnancy.

The fact that this absurd hoax spread so efficiently makes us wonder: Will people believe anything?" @edreiEuri
Nak share komen Niezam yang agak kelakar ini juga... tapi ada benarnya...


Mati dan Facebook

PERTAMA sekali Niezam nak mengucapkan terima kasih kepada Mark Zuckerberg kerana memperkenalkan rangkaian laman sosial Facebook. Kerana Facebooklah Niezam dapat jumpa kawan-kawan lama dan makwe lama opsss...!

Facebook amat berjasa kepada umat manusia sampaikan bila ada ura-ura Facebook hendak ditamatkan, ramai yang jadi resah gelisah.

Facebook hari ini dah macam nyawa. Tak ada Facebook, tak boleh hidup. Bayangkan, ada orang yang nak terkentut pun dia beritahu dalam Facebook. Bangla atas rumah tumbuk sambal pun orang mengadu dalam Facebook. Bos kat pejabat yang “kipoci” pun kena bantai dalam Facebook.

Lebih padah lagi apabila Facebook itu disalah guna. Kalau orang biasa yang menyalahgunakan jaringan rangkaian sosial itu bukanlah masalah besar tetapi ia akan menjadi besar kalau artis yang punya angkara.

Niezam ada membaca banyak komen artis dalam Facebook termasuklah pelakon Abby Abadi mendedahkan Norman Hakim dan Memey Suhaiza tinggal serumah. Siapa nak jawab bila artis sendiri yang dedahkan kisah dalam kain mereka sendiri?

Ia belum lagi artis-artis yang memasukkan gambar tidak senonoh macam kes yang berlaku kepada Fasha Sandha apabila gambar dia pakai bikini tersebar gara-gara Facebook. Inilah bahananya Facebook.

Yang Niezam paling meluat sejak kebelakangan ini mereka dalam industri hiburan berlumba-lumba hendak mengemas kini status apabila mendengar sesuatu perkara yang tak betul terutamanya mengenai kematian untuk ucap takziah.

Niezam ambil contoh bagaimana kecoh apabila kisah pelakon Ahmad Busu dikatakan meninggal dunia yang disebarkan di dalam Facebook sebelum ini. Begitu juga Maizawati (bekas isteri Akhil Hayy) yang kemalangan dikatakan maut dalam kejadian itu.

Rosyam juga pernah menerima nasib kononnya dia meninggal dunia kerana kemalangan sedangkan yang meninggal dunia seorang pekerjanya.

Facebook sepatutnya dijadikan sebagai tempat untuk memudahkan berita benar disebarkan dan bukan menyebarkan berita-berita tak benar dan juga mencari kontroversi melibatkan diri sendri dan orang lain.

Niezam pening kepala dengan sesetengah pihak yang macam ni. Ingat... bab-bab mati bukan benda main-main. Tak boleh senang-senang kita nak tulis orang itu mati, orang itu kemalangan tanpa usul periksa.

Tak ada faedahnya kalau menjadi orang pertama memaklumkan sesuatu berita ada orang mati sedangkan orang yang dikatakan mati itu masih lagi hidup.

Apa yang berlaku kepada seorang juruhebah radio yang pandai-pandai mengumumkan kematian seorang pembesar negara tak lama dulu harus dijadikan pengajaran apabila orang yang dimaksudkan itu belum meninggal dunia.

Sekali lagi Neizam ulang, bab-bab mati bukan benda main-main. Jadi selepas ini kalau ada di antara kita yang membaca status kematian seseorang menerusi Facebook, jangan mudah percaya.

NIEZAM: Face to face.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...