بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Terima Kasih

Selasa, 25 Januari 2011

Kelebihan Surah & Ayat Al-Quran

  1. Surah Al-Baqarah (ayat 285-286) :- Baca sblm tidur terselamat dari bala bencana dan mara bahaya.
  2. Surah Ali 'Imran (ayat 1-3) :- Akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
  3. Surah Ali 'Imran (ayat 16) :- Untuk memohon keampunan dari Allah.
  4. Surah Annisaa' (ayat 75) :- Nescaya akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
  5. Surah Al-Maidah (ayat 7) :- Baca 3 hari berturut2 selamat dari was2 semasa wudhu dan solat.
  6. Surah Al-Maidah (ayat 89-101) :- Baca dalam air dan beri minum kpd org pendusta, insyaallah dia tidak akan bercakap dusta lagi.
  7. Surah Al-An'aam :- Baca 7x akan terhindar dari segala bala bencana.
  8. Surah Al-An'aam (ayat 63-64) :- Dibaca oleh penumpang kapal, akan terselamat dari karam dan tenggelam.
  9. Surah Al-A'raaf (ayat 23) :- Baca tiap2 solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa.
  10. Surah Al-A'raaf (ayat 47) :- Akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.
  11. Surah Al-Anfal (ayat 62-63) :- Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekelian manusia.
  12. Surah Al-Baraah/Taubah :- Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman.
  13. Surah Al-Baraah/Taubah (ayat 111) :-Baca di kedai atau tempat berniaga, insyaallah akan maju.
  14. Surah Al-Baraah/Taubat (ayat 128-129) :- Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang2 kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir.
  15. Surah Yunus (ayat 31) :- Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat.
  16. Surah Yunus (ayat 64) :- Nescaya terhindar dari mimpi2 buruk dan mengigau.
  17. Surah Al-Hud :- Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa.
  18. Surah Al-Hud (ayat 56) :- Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar.
  19. Surah Al-Hud (ayat 112) :- Baca 11x slps solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati.
  20. Surah Yusuf :- dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah.
  21. Surah Yusuf (ayat 64) :- Akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
  22. Surah Yusuf (ayat 68) :- Nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak2.
  23. Surah Ar Ra'd (ayat 13) :- Akan selamat dari petir.
  24. Surah Ar Ra'd (ayat 28) :- Baca nescaya sakit jantung akan sembuh.
  25. Surah Ibrahim (ayat 32-34) :- Baca nescaya anak2 akan terhindar dari syirik dan bidaah.
  26. Surah Al-Hijr (ayat 97-99) :- Baca pd wanita yg selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat.
  27. Surah Al-Isra (ayat 45-46) :- Baca utk pendinding diri dari kejahatan manusia.
  28. Surah Al-Kahf :- Baca surah ini setiap malam jumaat, dimurahkan rezeki.
  29. Surah Maryam :- Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
  30. Surah Thaha :- Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud.
  31. Surah Thaha (ayat 25-28) :- Baca 21x setiap solat subuh, nescaya otak akan cergas dan akal sempurna.
  32. Surah Al-Anbia (ayat 83) :- Baca nescaya mendapat sebesar2 pangkat disisi Allah.
  33. Surah Al-Hajj :- Allah akan binasakan musuh2nya.
  34. Surah Al-Mukminun :- Baca dalam air minum orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum.
  35. Surah Al-Mukminun (ayat 28) :- Perahu selamat dari karam dan rumah akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh.
  36. Surah An-Nur :- Terhindar dari mimpi buruk.
  37. Surah An-Nur (ayat 35) :- Baca setiap Jumaat sebelum Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.
  38. Surah Al Furqan :- Baca 3x dlm air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular
  39. Surah Asy Syu'ara (ayat 130) :- Baca 7x dengan senafas pada orang yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang bisanya
  40. Surah An Naml :- Baca nescaya nikmat2 Allah akan kekal kepadanya.
  41. Surah Ar Rum :- Baca nescaya Allah akan binasakan orang2 yang hendak menzaliminya.
  42. Surah Al Ankabut :- Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah.
  43. Surah Luqman :- Nescaya terhindar dari segala penyakit2 perut
  44. Surah Luqman (ayat 31) :- Nescaya terselamat dari mangsa banjir
  45. Surah As Sajadah :- Baca setiap malam Jumaat
  46. Surah As Sajadah (ayat 7-9) :- Baca ke atas anak baru lahir nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.
  47. Surah Al Ahzab (ayat 45-48) :- Nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
  48. Surah Al Ahzab (ayat 60-66) :- Nescaya Allah akan membinasakan musuh2nya.
  49. Surah Saba :- Nescaya terselamat dari segala bala bencana.
  50. Surah Fathir (ayat 29-30) :- Nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
  51. Surah Yasin :- Baca setiap malam Jumaat. Baca 41x nescaya tercapai segala hajat. Baca 21x doa istighfar untuk ibubapa akan diampunkan Allah.
  52. Surah As Saffat :- Insyaallah akan memelihara dari gangguan jin.
  53. Surah Shad (ayat 42) :- Nescaya mendapat kebahagiaan sejati.
  54. Surah Al-Furqan :- Baca 3x dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari ganggun binatang liar dan ular.
  55. Surah Asy Syura (ayat 15) :- Memohon perlindungan dan menegakkan keadilan.
  56. Surah Ad Dhukan :- Baca diwaktu malam, maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat diwaktu pagi.
  57. Surah Al Waqiah :- Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40x setiap hari akan dipermudahkan rezeki.
  58. Surah Al Mulk :- Baca setiap hari solat isyak akan mendapat keampunan. Terlepas dari seksa kubur dan terkeluar dari neraka masuk ke syurga.

Tiada ulasan: