بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 29 Januari 2011

Jangan Ambil Hal Terhadap Fitnah


Si A : Aku tak tahanlah dengan dia tu. Macam-macam dia fitnah aku.

Ustaz : Jangan kita beri tumpuan pada dia. Nanti hati kita sakit. Masalah pun tak akan selesai.

Si A : Lepas tu nak buat macamana? Takkan nak biar je.

Ustaz : Syeikh Jalil Qasim al-Khososi r.a.hu berkata: “Jangan pedulikan orang yang membuat fitnah terhadapmu. Tetapi tumpukanlah perhatian kepada Allah. Allah akan menghilangkan tukang fitnah itu daripada kamu. Kerana bahawasanya Allah lah yang menggerakkan dia membuat fitnah terhadapmu untuk menguji keikhlasanmu.

Si A : Kenapa macam itu pula?

Ustaz : Sekiranya engkau membuat perhatian kepada orang yang membuat fitnah kepada kamu, fitnah itu akan berterusan dengan dosa kamu (terlalai dari zikirullah). Jika mereka rujuk kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupi bagi mereka untuk menyelesaikan urusan mereka dan akan dihilangkan tukang-tukang fitnah itu dari mereka”


nota: Ustaz Zakaria Talib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...