بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 24 Januari 2011

Cerita Hujung Minggu 22&23hb Januari

Dah pukul 1 pagi tapi masih tak tidur lagi... mata belum mengantuk walaupun hari ni sebenarnya mata ni betul-betul mengantuk tapi bila sampai je Nurul Iman terus segar mata. Dah lama tak solat jemaah dan dengar kuliah maghrib. Nak buat macam tu kenalah datang Nurul Iman. Betullah... kalau kita dekat dengan tuhan bermacam keindahan yang kita dapat rasa... (susah nak tafsirkan...) semenjak menjejakkan kaki ke Nurul Iman, banyak keindahan yang tercipta... yang utama pastinya dapat memiliki my baby Iman. Erm.. gerak hati suami utk ke sana nampaknya memberi begitu banyak yg tersurat... dan yang pasti rasa malu pada diri sendiri bila tengok orang lain berebut-rebut nak dekatkan diri dengan Tuhan. Biasanya kami akan ke sana at least once a month. Sambil-sambil bawa Iman jumpa his real mama dengan Tok Ayah (Owner Pondok). Seronok tengok mama dengan Tok Ayah dia happy dengan perkembangan Iman...

Apa itu Nurul Iman?? (sebuah tempat pengajian agama atau lebih biasa dikenali sebagai sekolah pondok). Maaflah tak boleh cerita lebih-lebih...

Kami sampai lewat... sampai terus solat maghrib (jemaah) di surau.. dengar kuliah sampailah isyak.. lepas isyak ada bacaan surah sod dengan zikir (tapi kami tak tunggu, nak balik awal sebab ayah Iman nak kerja esok). Akhirnya tak juga balik bila diorang suruh tunggu makan. Biasanya kalau ada kuliah dan hari kebesaran diorang buat jamuan makan (makan dalam talam kat surau). Tapi hari ni kami makan di rumah Tok Ayah. Best tau masakannya... memang sedap kalah kat kedai... (setakat kedai yg pernah kitorang makanlah). Biasanya diorang masak nasi beriani (daging/ayam dlm nasi) dengan kuah dalca. Rasa nak tambah-tambah tapi seganlah... diorang punya layanan pada tetamu buat kita segan pula... macam VVIP je...

Semalamnya hari Sabtu pergi cari barang-barang Iman... jauh juga sampai ke Sentosa... harganya ok.. apa nama kedainya dah lupa tapi besar jugalah (kedai 2 tingkat) lebih kurang namanya Baby Store (nanti update). Sebelum tu hantar laptop ummi ke kedai untuk repair... tulah gatal-gatal update dah clash driver tapi nasib baiklah system ok lagi.. kalau tak terpaksa re-format balik. Apa pun yang pasti kena keluar duit extra bulan ni untuk repair laptop.

Aktiviti minggu ni disudahi dengan cerita yang menyenangkan... tiada masalah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...