بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Tinggal 2010 dan Selamat Datang 2011


Cepat sungguh masa berlalu dan usia pun cepat juga meningkat. Apa kemajuan yang telah kita kecapi pada 2010? Masing-masing ada pencapaian sendiri. Buat saya tahun 2010 banyak juga kemajuan yang telah dikecapi. Selama 11 tahun menanti cahayamata akhirnya dapat juga walaupun bukan dari darah daging sendiri. Cuma baru-baru ni dalam akhbar ada terbaca seorang pakar motivasi menasihatkan agar ibubapa yang tidak berkemampuan tidak memberikan anak mereka kepada orang lain kerana anak itu anugerah tuhan dan ada rezeki untuk mereka.

Tersentuh membacanya kerana nasihat itu ada benarnya tetapi tidaklah boleh menghukum terus bahawa ibubapa yang tidak membela zuriat mereka adalah orang yang tidak bertanggungjawab. Ada kebaikan dan ada keburukan. Apa pun saya pasti setiap apa keputusan ada sebab tersendiri, daripada mereka menggugurkan kandungan atau membuang anak merata-rata adalah lebih baik diserahkan kepada orang lain agar kehidupan mereka terjamin seperti kehendak ibubapa mereka.

Rezeki mungkin kepada penerima dan mungkin juga pemberi menerima pahala kerana menggembirakan orang lain. Seperti kisah nabi musa yang tuhan utuskan supaya menyembelih anaknya nabi ismail. Memberi anak kepada orang lain adalah satu pengorbanan yang tinggi bukan suka-suka, jadi janganlah mudah salah anggap kepada mereka yang memberikan anak mereka kepada orang lain. Sentiasalah berfikiran positif kerana mereka bukannya membuang anak mereka tapi diserahkan kepada orang lain untuk menjaganya. Selebihnya tanggungjawab ibu bapa angkat untuk mendidik dan mengasuh agar anak tersebut tidak lupa kepada ibubapa kandungnya.

Jauh sudah saya menyimpang dari tajuk sebenar... cuma memberi pendapat kerana bila kita tidak duduk ditempat orang yang menanggung kita tidak akan rasa bebanannya.

Lagi satu pencapaian untuk tahun 2010, akhirnya kami memiliki kediaman sendiri dan insyaallah hingga hujung nyawa. Bukannya tidak ada sebelum ni tapi lokasi tidak sesuai dengan jiwa kami.

Harapan kami untuk tahun baru 2011, agar tuhan murahkan rezeki kami untuk kami memberikan yang terbaik buat Iman. Kami juga berharap agar kehidupan tahun hadapan adalah yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyaallah...

1 ulasan:

  1. tersentuh baca entry ni.. walaupun sy baru baca...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...