بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 27 Disember 2010

Mengapa sukar mengaku kesilapan

Hidup ini ibarat roda... ada kala di atas dan ada kala di bawah. Macamana pun pusingan itu tetap berlaku... ada juga yang sentiasa duduk di atas dan ada juga yang sentiasa duduk di bawah. Walaubagaimanapun jika kita tidak mengubahnya selama-lamanya ia akan begitu. Tapi itu semua lumrah kehidupan. Sebab itu tuhan ciptakan kita airmata bukan hanya untuk bersedih tapi kadangkala kita juga menangis kerana terlalu gembira. Sebagai manusia kita pasti melalui semua perkara itu.

Cuma saya terkilan bila berdepan dengan manusia yang sengaja mencipta kesusahan dan menjatuhkan maruah orang lain. Setiap yang berjaya atau gembira pasti ada yang iri hati. Sebolehnya biarlah apa jua yang orang lain lakukan itu hak mereka yang patut mereka kecapi. Mengapa mesti kita rosakkan kebahagiaan orang lain. Kenapa pula bila orang lain berduka ramai yang menjauhkan diri...

Saya lebih rela menanggung kesakitan dugaan tuhan daripada menanggung kesakitan mental akibat tekanan daripada perbuatan manusia. Tapi apa pun dugaannya saya tetap tidak boleh menghukum.. untuk dilentur pun sudah terlambat... apa yang diharapkan agar tuhan sentiasa membuka hati-hati mereka berubah ke arah kebaikan. Alangkah indahnya hidup bila saling harga menghargai, hormat menghormati dan saling sayang menyayangi.

Mengakulah kesilapan yang telah kita lakukan kerana itu adalah yang lebih baik dari tidak mengaku dan menuding jari ke arah orang lain. Kerana ini boleh mencipta lebih banyak kehancuran hati dan perasaan...

Waallahuaklam.

1 ulasan:

  1. lumrah hidup bile bersalah ego tinggi susah nak mengaku kesilapan diri kan...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...