بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 4 Disember 2010

Macam-macam naik

Bermula dari semalam rasa tertekan dengan isu kenaikan harga barang dan petrol. Sekarang air di Selangor pula nak naik hingga 37%. Saya ni tidak pandai politik dan buta sejarah tapi saya tidak buta akal. Saya tak faham setiap kali bila hujung tahun keuntungan syarikat-syarikat pembekal dan pengeluar semuanya naik. Aik takkan untung pun masih nak naikkan harga. Pelik bukan???

Belanjawan takde satu pun memihak kepada rakyat. Malah harga barangan harian semakin naik. Barang yang org jarang beli pula yg dikurangkan harga. Pelik bukan???

Slogan rakyat didahulukan saya tak nampak pun kat mana. Anda nampak ke? Yang saya nampak semua benda saya keluarkan duit utk bantu kerajaan adalah... bayar bil, tol, cukai jalan, cukai pintu, cukai tanah, income tax, pegi kfc, mc D, burger king, mana2 restoranlah mesti kena bayar tax oh lupa nak berhadas pun kena bayar. Tak cukup lagi ke? sampai harga minyak dan harga barangan harian pun nak naik. Yalah diorang ni mana rasakan...

Slogan yang saya rasa sesuai "kerajaan didahulukan" adalah lebih tepat. Kononnya utk tingkatkan ekonomi negara dan bantu rakyat. Tak usahlah cakap soal subsidi dgn rakyat. Yang peliknya nak buat bangunan tinggi2 boleh pula. Mana datangnya duit? kalau bukan duit rakyat. Apa salahnya bagilah sikit pada rakyat duit saguhati kan lebih baik.

Saya teringin sangat nak tahu berapa kutipan yang negara kita dapat setiap tahun daripada hasil titik peluh rakyat. Agak-agaknya tak cukup ke? atau lebih dari cukup?

Negara kita memang hebat walaupun kecil. Kalau boleh nak buat supaya negara lain pandang kat kita. Tapi... memalukan bila saya sampai di Perth mereka lebih kenal orang Indonesia dari Malaysia, begitu juga sewaktu saya pergi ke Dubai. ha ha ha malu betullah. Konon nak tarik pelabur luar.... kalau dah hasil dalam negeri pun takda usaha nak tingkatkan, tak payah berangan tinggilah. Kereta kita pun orang tak pandang. Dahlah jual mahal... dengar cerita bila jual di negara luar harganya lebih murah. betul ke??? Aik Pelik bukan???

Apa pun saya rasa kalau kita ikut undang2 islam dan hati2 orang2 yang terlibat menguruskannya bersih takkan terjadi perkara macam ni. Tak perlulah bagi alasan dan nak banding2kan negara kita dgn org lain. Kan lebih baik jaga negara dan rakyat sendiri... cukup2lah buat projek yang tidak mendatangkan faedah dgn mengeluarkan perbelanjaan yg tinggi tapi akhirnya tak kemana2.

Kami rakyat mahukan hak kami. Kami banting tenaga dan keringat untuk bertarung mencari rezeki kami sendiri. Cukup atau tidak yang kerajaan tahu bayar tetap bayar. Jadi siapa yang didahulukan???



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...