بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 22 Disember 2010

Langsing Gaya Perancis


Selama lebih dari beberapa dekad, orang Perancis dinilai lebih si hat dan lebih langsing dibanding orang-orang dari negara maju lainnya. Apa rahsianya?

1. Makan bersama

Berbeza dengan kebiasaan orang moden yang serba tergesa-gesa dan individual, orang Perancis terbiasa untuk meluangkan waktu makan bersama. Kegiatan makan, bahkan sarapan, menjadi aktiviti sosial untuk berkumpul dan bertanya khabar. Mungkin kerana asyik berbual mereka makan lebih lambat. Terdapat kajian menunjukkan makan secara perlahan bukan sahaja mengurangi stress tetapi juga membuat otak mampu mengirimkan signal kenyang. Akibatnya kita juga tidak makan secara berlebihan.

2. Mengurangi stres

Bukan rahsia kalau orang-orang Perancis lebih menikmati waktu luang mereka. Peraturan di negeri itu mewajibkan syarikat memberi cuti 30 hari pada pekerjanya setiap tahun dengan gaji dibayar penuh. Meski begitu liburan bukan satu-satunya cara untuk rileks, mereka juga lebih fokus pada teman, keluarga dan makanan.

3. Jarang makan makanan ringan

Bila anda berkunjung ke negeri ini, anda akan jarang menemui produk snek di supermarket. Ini kerana mereka sangat menikmati makanan yang tersaji di waktu makan. Rasa kenyang juga mengurangi keinginan untuk mengudap. Kalaupun ingin, mereka cenderung memilih kudapan sihat, seperti buah-buahan.

4. Makan pada waktunya

Kerana sering berkumpul untuk makan bersama, orang Perancis jadi terbiasa untuk makan pada waktunya. Situasi begini membuat tubuh dapat mencerna makanan secara baik.

5. Hanya makanan segar

Kebiasaan tergesa-gesa akan berpengaruh pada cara kita makan dan cara kita menyiapkan makanan. Untuk mengurangi pengambilan sodium, gula, trans fat, dan makanan berpengawet, sediakan waktu untuk menyiapkan makanan sendiri di rumah.

6. Kurangi trans fat

Pakar sejak lama meyakini jenis lemak yang terdapat dalam makanan Perancis, seperti keju dan krim, boleh dimetabolisme tubuh dengan mudah.

7. Variasi makanan

Tidak ada satu pun jenis makanan yang mengandungi bermacam nutrisi yang diperlukan tubuh. Kerana anda memerlukan variasi jenis makanan untuk memenuhi keperluan gizi. Pola makan ala Mediteranian yang diamalkan oleh orang Perancis, iaitu kaya sayur, buah dan kacang-kacangan menjadi kunci kesihatan.

8. Gunakan kaki anda

Ini merupakan tradisi yang masih tetap terpelihara, orang Perancis jarang menggunakan kenderaan bermotor, mereka lebih suka berjalan kaki. Baik hanya sekadar ke pasar atau, mereka lebih memilih jalan kaki.

9. Hidangan kecil

Rahsia lain yang perlu diketahui adalah jumlah makan. Orang-orang di negeri ini memang terbiasa makan dalam jumlah hidangan yang kecil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...