بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 3 Disember 2010

Kenapa beralih arah???

Macam-macam hal rumahtangga yg kita dengar, semoga apa yg kita dengar menjadi iktibar dan pengajaran. Yang tak baik minta dijauhkan dan yg baik itu kita jadikan sebagai contoh.

Baru-baru ni saya dapat tahu orang yang saya kenali telah beristeri lagi seorang. Pada mulanya si isteri boleh menerima, tapi bila dah melaluinya nampaknya si isteri tidak sanggup menghadapi hidup bermadu. Si suami orang yg bekerjaya begitu juga isteri, anak-anak semua sudah besar. Alasan si suami berkahwin seorang lagi kerana mahukan anak. Tapi itu semua alasan... kami yg sudah berumahtangga 11 tahun tanpa zuriat masih mampu bertahan apatah lagi dia yg sudah punya 3 org anak. Bagi saya kalau teringin anak kecil apa salahnya ambil anak angkat mcm yg kami lakukan. Erm... itulah mungkin itu semua alasan. Bila kita hendakkan sesuatu mesti ada alasan kan?

Si suami bila beristeri muda nampaknya lupa seketika pada yg tua. Sebut tua itu adalah satu lg alasan yg diberikan suami.. hai.. ibarat habis madu sepah dibuang. Kasihan si isteri, orgnya baik dan peramah. Si isteri muda yg ambil hak orang lain jgnlah pula lebih sudu dari kuah. Walaupun 'baru' bukan alasan utk dapat 'tiket' berbulan madu yg panjang. Sampainya hati si isteri muda telefon isteri tua bagitau si isteri tua sudah hidup lama dgn suami jd bg peluang dia pula utk bersama si suami. Aik! kalau itu menjadi ukuran nampaknya kenalah tunggu 20 thn utk si isteri tua berjumpa balik suaminya... kalau nk ikut dari segi pembahagian sama ratalah kan. Si suami boleh berdiam diri dgn ragam isteri muda. Wahai sang suami berfikirlah secara matang, biarlah segala keputusan dan kata-kata keluar dari mulut anda sendiri bukan dari mulut isteri-isteri. Bukan senang nak puaskan hati kedua-dua belah pihak. Pasti kedua-duanya ada sedikit kelukaan di hati masing-masing kerana tidak puashati. Si isteri tua sudah merajuk mohon cerai dan suami terus shj tunaikan... aik mudahnya... sblm dapat rasanya pjg juga tempoh utk mendapatkannya. Dah dapat senang je pula.

Apa pun saya harap si suami dpt rujuk kembali dgn isteri tua, kesian pada anak-anak yg telah pun remaja. Bukan nak kata salah sesiapa tetapi tepuk dada tanya iman kita, bukan tanya selera. Sebab kerana seleralah badan binasa. Kita tak tahu usia kita sampai bila jadi hargailah apa yang kita ada...

Wahai suami-suami berfikirlah dgn sedalam-dalamnya sblm anda membuat keputusan berkahwin seorang lagi selagi hati anda tidak bersih. Tak salah jika anda betul-betul mampu utk membahagiakan isteri-isteri anda dan tak salah juga jika isteri-isteri anda mampu memahami hak-hak dan tanggungjawab mereka sebagai isteri.

Wahai isteri-isteri jika anda lihat suami anda seorang yg menjaga keterampilan diri.. jgnlah anda pula lupa utk menghiaskan diri... Tiada cacatnya ciptaan Allah kepada hamba-hambanya melainkan kita sendiri tidak pandai menjaganya. Sebab itu islam menyuruh kita berhias utk suami... agar suami memandang kita dgn senang hati.

Wahai suami-suami jika ada yg anda tidak puashati dgn isteri anda beritahulah kepadanya agar dia mengubahnya... jgn berdiam diri hingga makan diri dan mencari peluang mencari pengganti. Itu adalah alasan yg tidak munasabah. Apa salahnya cakap kepada isteri "i suka kalau tgk u pakai cantik-cantik" jgnlah pula tegur "u ni tak pandai bergaya langsunglah" memanglah isteri marah. Tegur dgn cara berhemah..

Berkata memang mudah kan? tapi selagi kita boleh betulkan mana yang salah tak rugikan? manusia ni sering terlupa bila terlalu gembira... bila kita sedih baru kita teringat...

Waallahuaklam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...