بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 2 Disember 2010

Katakan TIDAK kepada MI SEGERA


Utusan Pengguna Nov-Dis 2010
Jil 34 bil 6

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO.

Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera sahaja boleh mengandungi kira2 maksimum pengambilan harian yg dibenarkan 2,400 mg natrium. Ujian di Hong Kong mendapati paras natrium setinggi 5,800 mg per 100 gm mi segera (setiap paket kira2 80 gm).

Di samping byk bahan penambah dan paras natrium yg tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yg tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dlm proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih drpd 30 g drpd jumlah lemak bg setiap pakej, yg merupakan lebih drpd 50% drpd had pengambilan harian bg jumlah lemak utk diet 2,000-kcal.

Pengambilan natrium yg tinggi meningkatkan tekanan darah tinggi. Ia juga menyebabkan masalah kesihatan lain seperti strok, aterosklerosis, bendungan cecair, pergelangan kaki bengkak, sindrom Carpal Tunnel, sindrom Meniere, sindrom sebelum haid, glaukoma, osteoporosis, buah pinggang dan batu karang hempedu, kanser perut, pembesaran jantung, ketegaran arteri besar dan asma.

Antara bahan yg terkandung di dalam mi segera:
  1. Kalsium Sulfat - Kapur Paris 
  2. Tertiary Butylhydroxyquinone - Satu bentuk cecair dlm pemetik api 
  3. Polydimethylsiloxane - Digunakan dlm kanta sentuh 
  4. Tartrazine - Menjadikan kanak2 hiperaktif 
  5. Asid Tartarik - Digunakan dalam julap 
  6. Propylene Glycol - Digunakan untuk membuat bahan pendingin (coolant) 
  7. Kalsium Oksida - Digunakan dalam racun serangga 
  8. BHT - Kesan berbahaya kepda ginjal 
  9. Propyl Gallate - Menghalang pengeluaran sperma 
  10. Pentasodium Triphosphate - Bahan pencuci digunakan dlm bahan cuci 

Elakkan kanak-kanak makan mi segera

Diet bergaram kanak2 yg semakin meningkat juga membimbangkan kerana citarasa terhadap makanan sebahagian besarnya terbentuk sewaktu kecil. Oleh itu, mereka yg menyukai makanan bergaram ketika kanak2 cenderung meneruskannya ketika dewasa.

Kajian Journal of Hypertension 2007 oleh Hospital Universiti St George di London menunjukkan hubungan paras garam dalam diet kanak2 berusia antara 4-18 dan tekanan darah tinggi. kanak2 yg memakan lebih byk garam mempunyai tekanan darah tinggi ketika kanak2 lagi, bukan hanya di kemudian hari.

3 ulasan:

  1. mkanan dan minuman sekarang memang macam2kan...sebab tu la macam2 ada sekarang sebab punca dari pemakanan ..

    BalasPadam
  2. pengaruh iklan jugak mi segera ni.. anak pun dah mule nak mkn.. tp mmg kena pantau...

    BalasPadam
  3. mengintai n3 pertama..gud sharing ros.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...