بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 3 Disember 2010

Elakkan Pengambilan Minuman 3 Dalam 1





Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa rakyat Malaysia menjauhkan diri drpd pengambilan minuman 3 dalam 1. Minuman dan bijirin ini lebih murah dan mudah utk disediakan tetapi penuh dgn gula berlebihan yg membawa byk bahaya tersembunyi kpd kesihatan kita.

Rakyat Malaysia dilaporkan menjadi antaa pengguna tertinggi gula di Asia Tenggara. Pada 1970-an rakyat Malaysia mengambil kira2 17 sudu teh gula sehari. Angka ini kemudiannya meningkat kpd 21 sudu teh sehari pada 1980-an.

Kini rakyat Malaysia dilaporkan mengambil purata 24 sudu teh gula sehari. Ini kerana gula terdpt dlm hampir semua jenis makanan yg diproses serta diambil bersama minuman di kedai dan di rumah.

Sebagai tambahan kpd 24 sudu teh gula ini, pengeluar minuman kini mendapati cara lain utk meningkatkan pengambilan gula harian kita. Mereka menyuntik gula tambahan ke dalam diet kita dgn memasarkan minuman 3 Dalam 1 seperti kopi, teh, coklat, minuman malt dan bijirin yg dicampur bersama krimer dan sejumlah besar gula.

Minuman ini murah dan mudah diperolehi, serta mudah untuk diminum dan disasarkan kpd mrk yg mempunyai gaya hidup yg sentiasa sibuk. Setiap satu drpd minuman ini biasanya mengandungi sehingga 4.4 sudu teh gula atau kira 80 kcal (Kilo kalori)!

Glukosa dlm gula memberikan pengguna 'tenaga' yg mereka fikir akan membantu menyediakan lebih tenaga di tempat kerja atau di sekolah. Pengamiblan sesuatu yg tinggi kandungan gulanya dan pada masa yg sama mempercayai bahawa gula sumber tenaga sebenar, ramai percaya mereka merasa lebih bertenaga. Bagaimanapun, ia tidak benar dan hanya kesan plasebo.

Apa yg sebenarnya ialah kita mendapat semua tenaga yg kita perlukan drpd sumber makanan kita. Menurut Garis Panduan Pemakanan Malaysia yg diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan pada 1999, untuk memastikan kita memperolehi semua kalori harian yg diperlukan oleh kita drpd makanan, apa yg diperluka ialah memakan makanan seimbang drpd pelbagai jenis makanan dan memakanya secara sederhana. Ini sudah cukup untuk menyediakan kita dgn purata keperluan tenaga harian antara 1500 hingga 2500 kcal.

Dengan 24 sudu teh gula sudah pun berada dlm saluran darah kebanyakan rakyat Malaysia, tambahan 3 bungkus minuman 3 Dalam 1 sehari berlebihan daripada amaran oleh WHO yg menyatakan 150 kcal akan meningkatkan pengambilan gula kita kepada 37 sudu teh atau 670 kcal - melebihi amaran keselamatan oleh hampir 450%!

Bagi mereka yg tubuhnya tidak mampu utk mengawal glukosa, boleh mengakibatkan diabetes. Gula ini jika dibiarkan tanpa berkembang sebagai tenaga boleh dimetabolisme oleh hati dan kembali semula ke saluran darah sebagai lemak.

Bagi mereka yg menyerap kalori tambahan dan tidak diperlukan ini daripada gula dan krimer yg juga dipenuhi dgn kalori dan lemak tepu serta mempunyai gaya hidup tidak aktif, berisiko berdepan dgn masalah obesiti dan penyakit kardiovaskular.

Gula juga turut memberi makan sel kanser dan dikaitkan dgn lebih drpd 60 penyakit lain. Ia memusnahkan tubuh dlm byk cara - menjejaskan kesihatan, menyemai penyakit dan memendekkan hayat kita. Ringkasnya, gula membunuh!

Gula merupakan kenikmatan yg membahayakan dan tidak diperlukan. Ketika Malaysia merupakan negara keempat tertinggi bilangan penghidap diabetes di Asia, maka adalah lebih baik kita mengelakkan drpd mengambil minuman 3 Dalam 1 sbg permulaan utk hidup bebas dgn gula. Ia bermakna permulaan kpd kehidupan rakyat Malaysia yg sihat dan produktif serta bebas drpd ketagihan kpd gula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...