بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 22 Disember 2010

Bicara make-up di musim percutian


SENTUHAN KECERIAAN

Bicara make-up di musim percutian ini, tampil dengan aura penuh keceriaan, segar dan lebih feminin. Bicara dengan pembayang mata yang lebih kuat, berani dan menjadi statementkecantikan mempesonakan. Perpaduan rona pink, jingga dan coklat pada riasan smokey eyes menjadikan ia lebih menarik. Pastikan anda memilih berus yang betul dan tepat penggunaannya agar warna blend serata. Beri fokus pada hiasan bibir dengan pilihan warna pinkterang menyirat keanggunan dan kesempurnaan bibir. Miliki wajah seindah biasa kala menghabiskan masa percutian anda...

- KIFFY RAZAK

SOLEKAN MUSIM PERCUTIAN

Kembara percutian sambil beristirehat di tempat baru pastinya suatu pengalaman yang amat sukar dilupakan. Melawat monument bersejarah dan ketemu penduduknya yang ramah, memang mengujakan! Begitupun, usah jadikan ini alasan untuk bercuti dari tidak mengenakan sebarang solekan. Ketahui tip-tip solekan kala berlibur agar wajah anda kekal manis berseri kala merakam foto-foto kenangan.

Semasa Penerbangan
Isikan alat-alat solekan yang asas sahaja ke dalam sebuah beg kecil. Ini termasuklah krim pelembap wajah bersaiz mini dan pek sampel pewangi kegemaran anda. Bawa bersama titisan penyegar mata, pek tisu lembap antibakteria dan sebotol kecil face mist untuk menghidratkan kulit.

Tip!
  • Layangkan solekan yang minimal. 
  • Pemakaian bedak asas, pemerah pipi atau debu pembayang mata yang tebal akan mencomotkan wajah, terutamanya jika anda tertidur dalam penerbangan. 
  • Periksa wajah anda sejam sebelum pendaratan. 
  • Gunakan gincu tahan lama dan maskara kalis air untuk kelihatan menawan di sepanjang penerbangan. Bawa bersama palet pembayang mata untuk touch-up. 

Negara beriklim Panas
Angkara cuaca panas dan suhu lembap boleh mendatangkan masalah pada solekan yang dikenakan. Bedak dan pemerah pipi akan mencair, lalu hilang di sebalik bebutir peluh di wajah anda. Rahsia solekan yang bijak ialah memilih warna-warna matte agar anda terlihat lebih semulajadi.

Tip!
Jika mempunyai kulit berminyak, bedak asas jenis matte sangat disarankan agar kulit sentiasa kering. Ia juga meresap lebihan minyak.
Elakkan alat solekan berasaskan krim kerana ia mudah mencair dan melekitlekit di bawah suhu panas.
Gunakan alat solekan dengan formulasi ekstrak pudina, lemon, the hijau atau timun yang mempunyai kesan mendingin serta menyegarkan kulit.

Negara beriklim Sejuk
Ketika berkunjung ke negara beriklim sejuk atau bersalji, anda perlu menyesuaikan jenis solekan agar dapat menghidratkan kulit yang kering. Gunakan alat-alat solekan yang berasaskan kalis air termasuklah bekas kit solekan yang dibawa! Pilihlah warna-warna terang untuk pembayang mata, tapi kekalkan rona lembut pada pipi dan bibir.

Tip!
  • Gunakan bedak asas yang dilengkapi pelembap. 
  • Penggunaan span mekap akan menyerap pelembap semulajadi dari kulit anda. Jadi gunakan berus khas untuk meratakan cecair bedak asas. 
  • Suhu sejuk akan mengeringkan bibir. Sapukan balm bibir di bawah gincu kegemaran agar warnanya lebih terserlah. 

Oleskan sedikit bronzer pada wajah anda selepas selesai mengaplikasi solekan. Ini memberikan efek kemilau untuk kesan segar dan glamor.

1 ulasan:

  1. kalau pg bercuti dgn family.. x sempat nak mekap pun.. melayankan amir jer...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...