بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 9 Disember 2010

Akibat tidak sabar...

Hari ni pagi-pagi lagi dah buka laptop nak tengok saham. Semalam dah jual tapi saja nak tengok berapa harga terkini. Malangnya naik pula... tulah tak sabar... tapi nak buat macamana dah takde rezeki. Itulah apa pun yang kita mahukan kena banyak bersabar. Kalau tak menyesal. Tapi nak sedapkan hati anggaplah takde rezeki. Mungkin setakat itu sahaja rezeki kita. Apa pun dah itu yang kita dapat. Itu pun dah kira bersyukur.. takpelah..

Rezeki Allah ni kita tak tahu... masing-masing ada rezeki sendiri. Tak boleh dijangka dan diduga. Kadang-kadang rezeki depan mata belum tentu jadi milik kita. Rezeki yang kita pegang pun kadang-kadang boleh hilang sekelip mata. Saya sentiasa mengajar diri supaya bersabar dan redha.. kalau tidak hati tidak tenang. Cuma perlu beringat di saat tuhan limpahkan rezekinya terhadap kita hendaklah kita gunakan sebaik-baiknya. Jangan dilupa pada yang berjasa pada kita dan orang-orang yang memerlukan. Begitu juga dengan Allah. Dia yang memberi tapi kita lupa untuk mengunjungi rumahnya.

Semoga saya berpeluang untuk menjadi tetamunya. Insyaallah... jika tuhan mengizinkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...