بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 10 Februari 2016

Melawat muzium tentera di Port Dickson

Assalamualaikum

Semasa bermalam di Port Dickson baru-baru ni sebelum balik kami sempat singgah di Muzium Tentera. Saja tengok apa yang ada. Selalu lalu je.. 😀

Besar juga kawasannya. Lenguh juga kaki nak berjalan. Macam-macam ada. Sejarah tentera terdahulu, kenderaan tentera,  pakaian dan sebagainya.

Tengah-tengah panas singgah. Memang tak tahan 😅. Seronok juga la Iman dapat tengok helicopter dan kenderaan lain. Sempat beli seluar legging Iman corak askar satu.

Khamis, 4 Februari 2016

Avillion Admiral Cove Port Dickson

Assalamualaikum

Bermalam di Avillion Admiral Cove, Port Dickson pula baru-baru ni. Macam biasa cari hotel dalam booking.com. Tengok-tengok gambar. Rasa yang ni nampak menarik. Jadi terus booking. Sekarang ni malas nak jalan jauh-jauh. Rasa rugi masa atas jalan . Mungkin faktor usia juga hehe.

Ok la tak mau cerita panjang-panjang. Secara keseluruhannya.. puashati bermalam di sini. Lokasi pun strategik. Permandangan pun cantik. Tak jauh dari tempat makan. Gambar makan malam tu lupa nama kedai. Sorry.. tengok gambar tu dapat kot pandangan . Sedap.. tak rugi datang.




Selasa, 2 Februari 2016

Tiles waterproof coating

Assalamualaikum

Baru-baru ni kami pasang waterproof coating untuk tiles dalam bilik air. Ternampak diorang ni kempen dalam pasaraya dan rasa tertarik sebab tiles lama jenis cepat berkeladak / kotor. Sebab bukan jenis berkilat.

Cuma call je nombor dalam flyers dan set temujanji. Nanti dia datang rumah buat terus. Satu bilik air ambil masa 3 jam. So dua jadi 6 jam. Datang pagi pukul 10 siap pukul 4 petang. Lama sebab lepas kasarkan permukaan tiles asal. Dia basuh dan kena keringkan semula tiles. Proses nak tunggu kering tu yang lama. Dia guna mesin pengering. Macam yang biasa kita tengok dalam tandas awam. Sembur angin.

Harga RM750 untuk tandas saiz 8 x 5 kaki (satu warna pasir). Jika 2 warna / bercorak RM950.

Kalau ada sabun licin juga. Boleh request nak kasar atau halus. Kami punya tak kasar sangat. Dah siap baru dia cakap. Apa pun ok la.. tak perlu pecah tiles kalau nak tukar tiles baru.